Monday 5 December 2011

ADAB-ADAB SOPAN DALAM KEHIDUPAN
































KAEDAH PENULISAN JAWI

Pengenalan
Tulisan Jawi telah lama wujud dalam tamadun Melayu disekitar gugusan kepulauan melayu iaitu sekitar abad ke 10 Masehi atau 3 Hijrah hingga kemaskini dan ia berasal daripada tulisan Arab.Tulisan Jawi juga dikatakan   satu seni penulisan yang telah wujud berabad-abad lamanya di Nusantara. Kemunculannya berkait secara langsung dengan kedatangan agama Islam ke Nusantara. Tulisan Jawi berasal dari tulisan Arab dan merupakan huruf-huruf Arab yang dimasukkan ke dalam sistem penulisan bahasa Melayu. Tulisan jawi adalah tulisan rasmi bagi negara Brunei dan digunakan meluas di Malaysia dan Indonesia.Tulisan Jawi adalah antara tulisan terawal yang pernah ditemui. Tulisan ini telah berkembang sejak zaman Kerajaan Islam Pasai kemudian ke zaman Kerajaan Melaka, zaman Kerajaan Johor dan juga Acheh pada abad ke-17. Bukti kewujudan tulisan ini di Malaysia adalah dengan terjumpanya Batu bersurat Terengganu yang bertarikh 702H atau 1303M manakala tulisan Rumi yang paling awal ditemui adalah pada akhir kurun ke-19. Ini menunjukkan tulisan Jawi telah sampai ke negara ini lebih awal berbanding tulisan Rumi. Tulisan Jawi merupakan tulisan rasmi bagi Negeri-negeri Melayu Tidak Bersekutu semasa penguasaan British. Kini tulisan ini digunakan dalam urusan agama Islam dan adat istiadat Melayu yang kebanyakkannya di Johor, Kedah, Kelantan, Perlis, dan Terengganu.
Pada zaman dahulu, tulisan jawi memain kan peranan penting dalam masyrakat. ia digunakan sebagai perantara penting dalam semua urusan pentadbiran, adat istiadat dan perdagangan. contohnya digunakan dalam perjanjian-perjanjian penting antara pihak-pihak di-Raja Melayu dengan pihak-pihak berkuasa Portugis, Belanda dan Inggeris. Selain itu, Pemasyuran Merdeka 1957 bagi negara Malaysia antara lain juga tertulis dalam skrip jawi.Semasa Bahasa Malaysia sedang berkembang dan tulisan ruminya telah menjadi penting sehingga tulisan ini digunakan secara berleluasa sebagai alat kebudayaan bagi Negara Malaysia.Tulisan jawi ini boleh dianggap sebagai unsur  yang juga boleh dianggap perintis dalam bidang bahasa tetapi hakikat yang tidak boleh dinafikan ialah memperkembangkan warisan sendiri  perlu dititikberatkan.Oleh itu warisan tulisan jawi juga merupakan warisan yang tidak ternilai dan perlu dijaga dari masa ke semasa.
Keadaan Jawi sekarang dan kelemahannya
Menyedari bahawa tulisan jawi adalah warisan bangsa dan negara yang di dalamnya terakam kekayaan khazanah tradisi kebudayaan, kesusasteraan, kepercayaan dan falsafah bangsa turun temurun.Oleh yang demikian tulisan jawi adalah salah satu unsur kebudayaan pribumi dan kebudayaan kebangsaan yang dapat dimanfaatkan untuk perpaduan dan persefahaman seluruh warganegara dan memupuk perasaan kesetianegaraan; Diatas peranan dan penggunaan tulisan jawi, ianya telah mengalami kemunduran di dalam semua sektor awam mahupun swasta sejak kebelakangan ini.Maka usaha telah dijalankan untuk memperkenalkan  kaedah-kaedah penulisan dan pengejaan tulisan jawi supaya ianya tidak ketinggalan zaman.
Semenjak tahun 1303, tarikh Batu bersurat di Terengganu di jumpai,maka tulisan jawi telah banyak berkembang. Walaupun telah melalui berbagai-berbagai perubahan dalam konteks penulisan, namun tulisan jawi masih lagi mempunyai pengaruh dalam masyarakat melayu khususnya. Oleh itu  banyak usaha telah dilakukan bagi memartabatkan tulisan jawi disemua peringkat malah akan terus di gunakan oleh masyarakat melayu sepanjang zaman . Penggunaan tulisan jawi yang baik ialah dari segi penggunaan huruf rumi semenjak pengaruh barat memasuki alam melayu. Kerajaan sekarang  terus menggalakkan penggunaan tulisan jawi dipelbagai peringkat terutama diperingkat sekolah kebangsaan dan disusun semula dan mungkin menjadi mata pelajaran wajib di sekolah menengah untuk tingkatan 1, 2 dan 3. Meskipun tulisan jawi telah di gunakan oleh masyarakat semenjak tujuh ratus tahun yang lalu namun masih banyak yang belum diselidiki oleh pengkaji tentang perkembangan sejarahnya termasuk sistem tulisan serta faktor-faktor yang mempengaruhinya.Bahan dan batasan  kajian menunjukkan bahawa masih ramai dikalangan pengguna didalam tulisan jawi masih lagi keliru terhadap kaedah-kaedah penulisan dan pengejaan tulisan jawi.Disini diketengahkan beberapa kaedah penulisan jawi sepertimana yang disyaratkan dalam memperkukuhkan ejaan jawi.
Sebab-sebab kelemahan Jawi diantaranya:-
a.                  Sikap pelajar sendiri yang tidak berminat dengan penulisan jawi dan ditambah dengan tumpuan kepada akademik yang berfokuskan kepada sistem peperiksaan.
b.                  Kurangnya pendedahan diperingkat awal lagi dikalangan pelajar ,dimana pelajar tersebut mengambil sikap yang negative terhadap pentingnya penulisan jawi.
c.                  Dipengaruhi juga dengan sukatan jawi disekolah yang sentiasa berubah-ubah dari segi pengistilahan dan juga masa mengajar jawi disekolah-sekolah.
d.                  Berlaku juga kekurangan alatan bantuan mengajar dalam penulisan jawi berbanding dengan subjek lain seperti penggunaaan bahan multimedia dan sebagainya.
e.                  Murid tidak mendapat dorongan daripada ibubapa semasa berada dirumah sebaliknya ibubapa banyak membeli bahan bacaan ilmiah yang tidak mengandungi unsur-unsur untuk mempertingkatkan dalam penulisan jawi.
f.                    Dalam masyarakat sendiri tulisan jawi dipandang sepi terutama tiadanya paparan ayau slogan dipapan tanda utama dalam Bandar atau iklan yang membolehkan pelajar membaca jawi secara spontan.
g.                  Peranan kerajaan termasuk media kurang memberi sambutan dalam menonjolkan aspek penulisan jawi dikalangan rakyat.hanya ada segelintir masyarakat sahaja yang mengambil perhatian ditambah pula bahan bacaan yang semakin berkurang dipasaran.
Cara-cara mengatasi kelemahan Jawi dan kaedah

sukukata
 
Dalam mengkaji kaedah mengeja jawi , terdapat beberapa peraturan asas yang perlu diambil perhatian oleh pengguna.Syarat dan peraturan ini jika dibandingkan ada sesetengah turut berubah dari masa kesemasa samada ada dari segi ejaan atau kesinambungan dalam konteks ayat.Berikut dihuraikan kaedah-kaedah asas yang sentiasa diguna pakai dalam penulisan jawi.



 


Kaedah asas mengatasi kelemahan jawi

a.Latihan membaca
             Pihak kerajaan telah mengadakan kelas JQAF di sekolah-sekolah seluruh negara yang telah berusaha untuk memertabatkan tulisan jawi dikalangan rakyat.Disini pedoman penulisan dan ejaan jawi, huruf hawi lebih lengkap diajar termasuk perlambangan semua fonem atau bunyi Melayu jati dan bunyi atau fonem pinjaman yang ada dalam bahasa Melayu . Ini lebih lengkap daripada Jawi Za'ba malah, lebih kaya daripada huruf Arab sendiri. Kesemua fonem konsonan jati dan fonem pinjaman yang terdapat dalam bahasa Melayu moden kini dapat dilambangkan oleh huruf-huruf Jawi iaitu hampir kesemuanya dengan pelambangan satu lawan satu antara huruf dengan fonem atau bunyi. 
Sebagai contohnya:
= Tiga belas konsonan jati Melayu dilambangkan dengan 13 huruf daripada bahasa Arab, iaitu [b] ba, [t] ta dan ta marbutah, [d] da, [k] kaf, [s] sin, [h] ha (simpul), [j] jim, [l] lam, [r] ra, [m] mim, [n] nun, [w] wau dan [y] ya.
= Lima bunyi konsonan jati dilambangkan dengan huruf Arab yang diubahsuai tanda titiknya, iaitu [p] pa, [g] ga, [c] ca, [ny] nya dan [ng] nga.
= Bunyi konsonan jati Melayu hentian glotis [?] dilambangkan dengan huruf hamzah (di awal) atau huruf qaf (di akhir).
Apabila menggunakan huruf ( ق ) sahaja sebagai lambang bagi bunyi hentian glotis di akhir kata jati bahasa Melayu. Dalam Jawi Za'ba / Lama, terdapat tiga huruf yang biasa digunakan sebagai lambang hentian glotis penutup suku kata atau di akhir kata, iaitu huruf qaf, kaf dan hamzah yang ketiga-tiganya digunakan tanpa aturan yang tertentu -- seolah-olah konsonan hentian glotis itu mempunyai tiga nilai bunyi yang berbeza. Huruf qaf dipilih kerana sudah banyak penggunaannya dalam Jawi Lama. Tidak ada kekecualian dalam aturan ini.

b.Mengadakan kelas KAFA
Pihak kerajaan telah mengadakan kelas KAFA di sekolah-sekolah seluruh negara yang telah berusaha untuk memertabatkan tulisan jawi dikalangan rakyat.Disini pedoman penulisan dan ejaan jawi, huruf hawi lebih lengkap Berikutan daripada peraturan itu, huruf kaf digunakan sebagai lambang bagi konsonan [k] (bukan hentian glotis, tetapi plosif lelangit lembut tak bersuara) di akhir kata bahasa Inggeris dan bahasa-bahasa Eropah yang lain. Begitu juga apabila menggunakan huruf-huruf jawi yang terkini diajar kepada murid sebagai membaca suku kata supaya lancar dan tepat mengikut kaedah vokal
Contohnya:
Rumi
Pedoman Ejaan Jawi yang
Di atas

Ke atas



c. Mengadakan teknik yang sistematik
 Pelambangan  fonem atau bunyi konsonan Arab dalam penulisan jawi diajar berdasarkan bunyi yang tepat seperti dalam bahasa Melayu ialah yang dilambangkan dengan huruf tha, ha, kha, zal, zai, syin, sod, dod, to, zo, ain, ghain, fa, dan qaf. Huruf zai, syin dan fa digunakan juga untuk melambangkan bunyi daripada bahasa Inggeris dan Eropah [z], [sy] dan [f] satu per satu. Semua kata daripada bahasa Arab yang mengandungi huruf-huruf ini diterima dan dikekalkan huruf dan bentuk ejaan katanya dalam bahasa Melayu, kecuali beberapa kata yang disesuaikan ejaannya (hurufnya) dan bentuknya dengan kaedah sebutan Melayu jati.
d. Kaedah mengajar yang betul
Penulisan jawi ini diajar dengan menjurus kepada kaedah Fonetik disekolah-sekolah supaya ianya sesuai dengan pinjaman daripada bahasa Inggeris dilambangkan dengan huruf baru va, iaitu wau bertitik di atas ( ژ ). Ini tambahan kepada Jawi Za'ba. Huruf baru va ini dicipta sebagai padanan bagi huruf rumi [v] untuk menulis atau mengeja kata daripada bahasa Inggeris dan bahasa-bahasa Eropah lain yang menggunakan aksara Latin yang mengandungi huruf tersebut. Jawi Za'ba/Lama menggunakan sama ada huruf ba atau wau atau fa tanpa aturan yang jelas.
Contohnya:
Rumi
Pedoman Ejaan Jawi
Visa

Universiti

Contohnya:Terdapat enam fonem vokal Melayu dalam pedoman ejaan jawi dilambangkan dengan tiga huruf Jawi seperti iaitu alif, wau, dan ya. Dalam sistem Jawi, tidak dibezakan nilai panjang atau pendek bunyi vokal seperti yang terdapat dalam sistem bunyi vokal bahasa Arab. Melalui perlambangan vokal ianya terbahagi kepada beberapa syarat  Antaranya:
            i) Vokal [a] dilambangkan dengan alif jika di awal kata dasar atau pada suku kata terbuka.
ii) Alif yang melambangkan vokal pepet (iaitu sama ada sebagai satu suku kata atau sebagai permulaan suku kata) hanya hadir di kedudukan awal kata dasar.
            iii) Vokal [i] dan [e] dilambangkan dengan huruf ya pada semua suku kata terbuka atau suku kata tertutup, tetapi dilambangkan dengan alif-ya apabila di awal kata dasar.
            iv) Vokal [u] dan [o] dilambangkan dengan huruf wau pada semua suku kata terbuka atau suku kata tertutup, tetapi dilambangkan dengan alif-wau apabila di awal kata dasar.
            v) Vokal [a] dan pepet tidak dilambangkan dengan alif jika terletak dalam suku kata tertutup (pola KVK).
vii) Huruf ya tanpa titik (alif maqsurah), iaitu ى , menjadi huruf yang berbeza fungsinya daripada huruf ya biasa ي (ya bertitik). Ya tanpa titik ini diberi satu fungsi tambahan, iaitu sebagai padanan bagi huruf [e] yang melambangkan bunyi pepet pada akhir perkataan, khususnya yang terdapat pada akhiran -isme dan -ase dalam kata pinjaman daripada bahasa Inggeris.
Fungsi tambahan ya tanpa titik dalam ini sama sekali tidak menjejaskan fungsinya yang sedia sebagai alif maqsurah yang diterima dalam kata pinjaman daripada bahasa Arab seperti. Dengan ini, huruf ya tanpa titik dalam melambangkan dua fonem vokal: (i) Sebagai lambang vokal [a] panjang di akhir kata pinjaman daripada bahasa Arab dan (ii) sebagai lambang vokal pepet di akhir kata pinjaman daripada bahasa Inggeris. 
e.Menyelaraskan sistem ejaan baru dan lama
Kerajaan melalui Dewan Bahas dan Pustaka kini telah menyelaraskan sistem ejaan baru dan lama.Ini memperkemas aturan dalam Jawi Za'ba/Lama. Diftong [oi] ditulis dengan huruf wau-ya.Terdapat beberapa kaedah penulisan dalam perlambangan diftong yang sepatutnya dituruti iaitu:
Contohnya:Dalam jawi lama, diftong [ai] menggunakan huruf ya yang digunakan juga bagi vokal [i] dan [e]. Ini menyebabkan huruf ya boleh dibaca sebagai vokal atau diftong dalam kata yang homografik sifatnya. Dengan menggunakan alif-ya sebagai lambang diftong [ai], kita mengurangkan fungsi huruf ya, iaitu daripada empat bunyi -- konsonan [y], vokal [i], vokal [e], dan diftong [ai] -- kepada tiga sahaja, iaitu cuma bagi lambang vokal dan konsonan. Dengan ini juga, dibezakan dengan jelas homograf yang mengandungi diftong [ai] daripada yang mengandungi vokal [i] atau [e].
ii.         Begitu juga, dalam Jawi Lama, diftong [au] menggunakan huruf wau yang digunakan juga bagi vokal [u] dan [o]. Ini menyebabkan huruf wau boleh dibaca sebagai vokal atau diftong dalam kata yang homografik bentuknya. Dengan menggunakan alif-wau sebagai lambang diftong [au], kita juga mengurangkan fungsi huruf wau, iaitu daripada empat bunyi -- konsonan [w], vokal [u], vokal [o], dan diftong [au]  kepada tiga sahaja, iaitu cuma sebagai lambang bagi vokal dan konsonan. Dengan ini juga, dapatlah kita bezakan homograf yang mengandungi diftong [au] daripada yang mengandungi vokal [u] atau [o] dengan jelas.
Disini perlulah menggunakan bentuk ejaan yang berlainan bagi dua kata yang sebutan dan maknanya berbeza tentulah lebih mudah daripada hendak menentukan sebutan dan makna bagi kata homograf dengan semata-mata berdasarkan penggunaan dalam konteks ayat. 
f.Mengadakan kelas tambahan disekolah
Pihak sekolah kini menyedari kelemahan penulisan dan pembacaan jawi maka satu program patut dikembangkan melalui kelas tambahan. Ini dapat membantu dalam pedoman ejaan jawi ada yang menyelaras dan mengurangkan penggunaan aturan yang berbagai-bagai atau yang banyak bagi mengeja kata-kata dalam sesuatu kategori ejaan yang sama yang terdapat dalam Jawi Za'ba/Lama. Pengejaan kata dasar ini ia terbahagi kepada beberapa peraturan ejaan contohnya
i).  Ejaan Kata Ekasuku
    Ejaan kata ekasuku diperkenalkan aturan ejaan kata ekasuku yang berpola KVK yang mudah berbanding dengan ejaan lama. Semua kata ekasuku tertutup dengan vokal [a] dieja dengan huruf alif, iaitu bagi semua kata Melayu Jati dan kata pinjaman daripada bahasa Inggeris atau bahasa-bahasa lain, kecuali daripada bahasa Arab. Ini menyelaraskan aturan Jawi Za'ba/Lama. Dalam Ejaan Jawi Lama, ada kata yang menggunakan alif, ada kata yang tanpa alif. Contoh: Wang , dan  , jam , dam دام (sejenis permainan), kad  , plat . Semua kata ekasuku yang berasal daripada bahasa Arab dikekalkan bentuknya yang asal: Sama ada dengan huruf vokal atau tanpa huruf vokal.
Dengan ini, bererti bahawa semua kata ekasuku tertutup ditulis dengan huruf vokal, kecuali bagi beberapa kata tertentu daripada bahasa Arab dan beberapa kata Melayu ejaan klasik sahaja  . Aturan ini diperlukan kerana sudah banyak terdapat kata ekasuku daripada bahasa asing, terutama daripada bahasa Inggeris, yang dipinjam ke dalam bahasa Melayu  . Kata-kata tersebut perlu diperlihatkan bentuk visualnya dalam ejaan Jawi yang seharusnya sejajar cara pelambangan vokalnya dengan bentuk visual dalam ejaan rumi.
ii).Ejaan Kata Dasar Dua Suku Kata
  - Perkara pokok yang menarik perhatian ialah dalam sistem ejaan Jawi ialah tentang penggunaan huruf vokal alif, wau dan ya dalam kata dasar dua suku kata, tertutup atau terbuka, yang pelbagai ragamnya dalam ejaan Za'ba/Lama. Yang menjadi masalah pokok yang memperlihatkan ketidakseragaman itu ialah kata yang mengandungi vokal [a].

g.Memperbanyakan bahan jawi bergambar dan bahan media

Bahan media ini sebenarnya boleh menarik minat dan kesungguhan murid dalam penulisan dan pembacaan jawi.Melaluinya ia amat berkesan dan mudah difahami serta menarik perhatian dimana guru hanya sebagai fasilitator.  


Aplikasi kaedah pengajaran dan pembelajaran
Merujuk dalam pedoman ejaan jawi, terdapat beberapa peraturan mengeja yang lain lagi yang bertujuan membaiki dan mengemaskan sistem ejaan jawi lama iaitu:.
i) Dalam penulisan kata pinjaman daripada bahasa Inggeris, aturan pengejaan gugus konsonan diadakan yang bertujuan memudahkan pembacaan dan penyebutan, terutama istilah pinjaman daripada bahasa Inggeris. Gugusan konsonan di akhir kata ditulis dengan memisahkan huruf yang bergugus itu.
            ii) Pengejaan kata ulang diselaraskan menjadi dua cara supaya tidak salah baca, iaitu menggunakan tanda angka dua bagi menulis ulangan keseluruhan kata, dan  menggunakan tanda sempang (-) apabila mengulang sebahagian kata.
            iii) Pedoman Ejaan Jawi -  memantapkan aturan ejaan kata pinjaman dan serapan daripada bahasa Arab yang dikategorikan kepada penggunaannya dalam konteks agama dan bukan agama. Ini sama dengan ejaan Jawi Za'ba dalam konteks agama dan bukan agama.Kata-kata istilah agama Islam dieja seperti bentuk asalnya (dalam ejaan arab).Kata-kata serapan daripada bahasa Arab yang sudah lama digunakan sebagai kata umum dalam bahasa Melayu dieja seperti ejaan bahasa Melayu.
iv) Satu rumusan yang agak menarik perhatian kita dalam pedoman ejaan jawi    ialah tentang penulisan huruf singkatan. Pedoman ini menetapkan penulisan singkatan dalam huruf Jawi yang didapati selaras dengan cara menulisnya dalam ejaan Rumi dari segi penggunaan tanda titik, tetapi singkatan yang digunakan ialah huruf-huruf dalam abjad Jawi, dan bukan nama huruf-huruf tersebut.

Imlak
 
             v) Ciri khusus dalam ialah pengekalan aturan-aturan ejaan lama dan pengejaan beberapa kata yang sudah mantap penggunaannya. Kata-kata tersebut ialah kata-kata yang asalnya dieja menurut kaedah baris  .


 








      

Menghafaz


Latihtubi
 

  

Sorotan Kajian Penggunaan Ejaan Jawi disekolah

Penulisan melalui ejaan jawi sudah disebarkan kepada masyarakat umum sejak tahun 1986 lagi. Penjelasan tentang sistem ini dibuat melalui tulisan-tulisan di dalam majalah-majalah keluaran Dewan Bahasa dan Pustaka, dan ceramah yang diadakan untuk tujuan penyebaran. Akhbar Utusan Melayu juga turut menerbitkan penulisan melalui ejaan jawi secara bersiri walaupun akhbar tersebut belum menggunakan sistem baru ini secara menyeluruh. Dewan Bahasa dan Pustaka terus menyebarkan maklumat tentang pedoman ejaan jawi  ini apabila diperlukan oleh masyarakat. Dewan Bahasa dan Pustaka tidak terlibat dengan perancangan dan kawalan pelaksanaan penggunaan pedoman ejaan jawi di sektor pendidikan kerana perkara ini terletak di bawah bidang kuasa Kementerian Pendidikan Malaysia sendiri. Dewan Bahasa dan Pustaka juga bukanlah pihak yang secara tidak langsung bertanggungjawab melaksanakan penggunaan penulisan jawi dalam pengajaran dan pembelajaran di sekolah atau maktab perguruan. Pada umumnya, tugas dan tanggungjawab Dewan Bahasa dan Pustaka  dalam pembinaan dan pengembangan ejaan jawi adalah antara lain adalah seperti berikut:
i)    Dewan Bahasa dan Pustaka bertanggungjawab menyediakan pedoman pedoman ejaan jawi  dan menerbitkannya untuk kegunaan masyarakat.
ii) Dewan Bahasa dan Pustaka bertanggungjawab memantapkan pedoman tersebut dari semasa ke semasa supaya sesuai dengan perkembangan bahasa Melayu, perkembangan Ilmu, dan perkembangan sistem pendidikan yang maju.
iii) Dewan Bahasa dan Pustaka menerbitkan buku-buku yang dalam tulisan jawi dengan menggunakan pedoman ejaan jawi.Buku-buku yang diterbitkan ialah buku agama, dan akan menerbitkan beberapa buku umum dan buku kanak-kanak.
iv) Dewan Bahasa dan Pustaka hanya mengadakan kegiatan penyebaran maklumat tentang penulisan melalui ejaan jawi untuk masyarakat, serta membantu pengguna mempelajarinya dan menyebarkan penggunaannya.
Semenjak pedoman ejaan jawi diterbit dan disebarkan pada tahun 1986, tidak ada masalah besar yang dihadapi oleh Dewan Bahasa dan Pustaka yang berkaitan dengan pedoman tersebut. Hanya dalam tahun 1991 ini sahaja baru timbul masalah yang agak besar apabila Maktab Perguruan Islam membuat ulasan terhadap tujuan tersebut. Usaha untuk menyelesaikan masalah yang dibangkitkan oleh Maktab Perguruan Islam dibuat dengan mengadakan mesyuarat khas di Dewan Bahasa dan Pustaka  pada 24 Julai 1991. Mesyuarat tersebut dihadiri oleh Dewan Bahasa dan Pustaka  dan hampir semua pihak di Kementerian Pendidikan Malaysia yang bertanggungjawab
melaksanakan penggunaan ejaan jawi di sekolah dan maktab perguruan, iaitu Bahagian Pendidikan Guru, Bahagian Pendidikan Islam, Pusat Perkembangan Kurikulum, dan Maktab Perguruan Islam.
i)  Semua Bahagian di Kementerian Pendidikan Malaysia yang terlibat secara langsung dalam pelaksanaan penggunaan ejaan jawi bersetuju melaksanakan penggunaan pedoman ejaan jawi yang dirumuskan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka (Pedoman 1986, Daftar 1989). Bahagian-bahagian yang terlibat itu ialah Bahagian Pendidikan Islam, Bahagian Pendidikan Guru, dan Pusat Perkembangan Kurikulum.
ii).  Dipersetujui supaya kaedah mengajar di Maktab Perguruan Islam, khususnya, diubahsuai supaya dapat menyampaikan pedoman pedoman ejaan jawi dengan berkesan.
iii).   Dipersetujui bahawa cadangan untuk meneliti semula beberapa aturan tertentu dengan tujuan memantapkannya akan dibuat secara berasingan. Dewan Bahasa dan Pustaka akan mengadakan kegiatan ini setelah mendapat maklumat yang lengkap daripada pihak-pihak yang ingin mencadangkan pemantapan pedoman tersebut.
Dewan Bahasa dan Pustaka akan menulis satu kertas ringkas tentang latar belakang, kaedah dan penjelasan tentang penulisan ejaan jawi untuk diedarkan dalam mesyuarat Jawatankuasa Pusat Kurikulum yang akan bersidang pada 14 Ogos 1991 yang akan datang. Terdapat beberapa usul-usul untuk memartabatkan penulisan jawi diantaranya adalah seperti berikut:
  i)  Tulisan jawi hendaklah dijadikan salah satu asas keperibadian bangsa dengan cara menetapkan taraf tulisan tersebut iaitu dengan mengadakan akta atau undang-undang khas tentang tulisan jawi.
  ii)  Pelaksanaan pengajaran tulisan jawi di sekolah hendaklah benar-benar terancang iaitu jawi hendaklah diberi masa yang cukup dalam matapelajaran Bahasa Malaysia, dan jawi hendaklah diajar kepada semua murid daripada pelbagai kaum.
   iii) Kementerian Pelajaran, khususnya Bahagian Pendidikan Guru dan Maktab-maktab Perguruan hendaklah memastikan bahawa pensyarah yang mengajarkan kurikulum tulisan jawi benar-benar menguasai sistem tulisan jawi serta kaedah pengajaran jawi.
  iv) Masalah kekurangan guru yang mahir mengajarkan jawi di sekolah-sekolah hendaklah diatasi segera oleh Kementerian Pelajaran.
   v) Kementerian Pelajaran hendaklah memanfaatkan tenaga mahir dalam bidang tulisan jawi yang sudah bersara daripada perkhidmatan kerajaan sebagai tenaga sambilan atau kontrak di institusi perguruan.
  vi) Kementerian Pelajaran perlu mengadakan kursus dalam perkhidmatan khusus tentang sistem dan kaedah pengajaran jawi kepada guru dan pensyarah maktab yang kurang mahir dalam jawi.
vii)  Kementerian Pelajaran didesak memulihkan peranan Maktab Perguruan Bahasa menurut tujuan asal penubuhannya, iaitu sebagai pusat bahasa, supaya dengan demikian Jawi sebagai satu bidang pengajaran bahasa dapat turut dipesatkan.

Penutup

Masalah yang ditimbulkan tentang ejaan Jawi baru-baru ini ialah masalah "pelaksanaan" di sektor pendidikan dan bukan masalah "isi". Masalah tersebut timbul kerana pihak tertentu menolak pedoman jawi yang sah untuk digunakan di maktab tersebut, sedangkan pihak-pihak pelaksana yang lain di Kementerian Pendidikan telah menerima dan  menggunakannya. Kebenaran tentang perkara ini akan diperoleh apabila falsafah dan matlamat penyempurnaan sistem tersebut difahami sebenar-benarnya, dan apabila setiap peraturan yang terkandung di dalamnya difahami secara keseluruhannya, maka ia tidak akan menjadi masalah dalam membentuk penulisan jawi dikalangan masyarakat keseluruhannya. Pada masa yang sama Dewan Bahasa dan Pustaka juga berpendapat, sesuatu sistem ejaan memerlukan masa yang lama sebelum dapat digunakan dengan baik dan sebelum sistem itu sendiri mantap. Pemantapan akan berlaku dalam proses penggunaannya. Perkara ini telah dibuktikan dengan sistem ejaan rumi. Pelaksanaan dan pengguna harus bersikap terbuka dan mencari kaedah untuk memahami dan menggunakan sesuatu yang baru yang dipersetujui sebagai kaedah yang lebih baik daripada yang lama.